selamat datang

kongsi kisah hati,,

Thursday, 7 March 2013

Pelajar perlu bijak mengurus masa




Masa itu takkan pernah datang untuk berpatah balik, malahan ia datang untuk berlalu. Siapa pun kita, kita perlu bijak mengurus masa terutama bagi para pelajar. Peribahasa melayu berbunyi “masa itu emas”. Menunjukkan ianya amat berharga dan perlu di hargai.

Kata-kata hikmah arab pula menyebut bahawa “waktu itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita”. Bukankah masa itu sesuatu yang amat bernilai? Orang yang bijak pasti akan dapat mengurus masa untuk kesenangan di masa hadapan.

Pelajar perlu mengurus masa dengan bijak kerana ianya satu cabaran untuk maju kehadapan. Perlunya membahagikan masa 24jam sehari untuk perkara yang berfaedah dan mengelakkan ianya terbuang sia-sia.

Segala tugasan pembelajaran perlu di selesaikan serta merta dan perlunya masa tambahan untuk mengulangkaji bagi menambahkan daya ingatan dan kefahaman ilmu yang di terima semasa P&P di sekolah mahupun universiti. Masa yang Berjaya di urus dengan bijak mampu memberikan manfaat yang lebih besar kepada individu tersebut untuk terus melangkah lebih jauh kehadapan.

Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang sihat seperti riadah dan sebagainya. Jika ianya diisi dengan betul, ia juga mampu untuk menghalang remaja daripada terlibat dengan masalah sosial.  

No comments:

Post a Comment