selamat datang

kongsi kisah hati,,

Thursday, 7 March 2013

Telefon pintar Ninetology keluaran Malaysia.



Ninetology adalah satu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar berpusat di malaysia. Ia telah mngeluarkan beberapa jenis telefon pintar antaranya. Stealth 1 ,palette ,vox ,stealth 2 ,blackpearl dan juga insight.
Memandangkan kerajaan Malaysia memberikan bajet rebet sebanyak rm200 untuk para belia memiliki telefon pintar, aku pun terus memilih dan membeli telefon pintar yang berjenama Ninetology, model Insight dengan harga rm500 setelah di tolak rebet.
Di sini, aku ingin kongsikan beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat di dalam telefon pintar ini. Tetapi ia juga tidak adil jika kita bandingkan dengan telefon pintar lain seperti keluaran Samsung,HTC,Blackberry , Apple dan juga Nokia. Harganya pun jauh bebeza.
Spesifikasi model Insight adalah seperti berikut :
Network               :  GSM 900/ 1800 MHz
                                  WCDMA/ 2100
CPU                      :  1GHz Dual Core Processor
O/s                        :  Android 4.0 ice cream sandwich
Display                 :  4.3 inch IPS display, WVGA 800x480
Memory                :  External storage support to 32GB
                                     4GB ROM, 512MB RAM
Camera                 :  Primary 8.0MP with auto focus & Dual LED flash
                                   Secondary 2.0MP
Connectivity         : GPS, A-GPS, WIFI ,FM, Bluetooth
Battery                  : 1800 mAh

Bagi aku pengguna model Insight, telefon ni ok, bagus. Tapi kadang-kadang line sangkut. Tak tahu la kenapa. Dari segi video, pemain video mampu menyokong format avi,mp4 dan 3gp. Malangnya ia tidak mampu untuk membaca fail berformat flv dan mkv.

Dari semua sudut telefon pintar Insight ni bagus dan berpatutan dengan harga yang di tawarkan. Selain ia mampu menyokong dua kad sim untuk beroperasi dan memudahkan pengguna tanpa membawa dua buah telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment