selamat datang

kongsi kisah hati,,

Thursday, 7 March 2013

Teknik pembelajaran bahasa arab



Bahasa arab merupakan salah satu bahasa yang paling sukar untuk di kuasai. Ianya merupakan bahasa yang sangat indah. Umat islam percaya bahasa arab adalah bahasa syurga dan bahasa yang di tuturkan oleh para malaikat.

Gaya bahasanya  mempunyai seni tersendiri dan berjaya memukau hati para pengkaji bahasa. Untuk  pembelajaran dan penguasaan bahasa arab ia boleh di pelajari dengan cara mencari perkataan di dalam kamus dan menghafalnya. Tetapi untuk menguasainya, perlu kepada tenaga pengajar yang mahir dan persekitaran yang  membantu.

Pembelajaran bahasa lebih berkesan sekiranya di pertuturkan  dalam kehidupan seharian. Ia dapat membantu individu cepat dalam menguasainya. Asas bahasa Arab terbahagi kepada tiga, isim, fiil, hurf. Tiga kompenen ini di gunakan untuk membentuk satu ayat yang sempurna. Dhomir pula digunakan sebagai kata ganti nama diri. Manakala ilmu nahu dan sorf adalah sebagai tatabahasa untuk memperelokkan keadaan ayat.

Ia perlu kepada latihan yang berterusan dan menambah bilangan perkataan yang di hafal dari hari ke hari. Setelah ilmu nahu dan sorf Berjaya di kuasai, individu mampu untuk bertutur di dalam bahasa arab dengan betul. 

Bagi menguasai syiir arab, maka perlulah mendalami ilmu balaghah dan tazawwuq adabi. Ilmu yang menerangkan perumpamaan arab, mencantikan bahasa serta ilmu penghayatan syiir.

No comments:

Post a Comment