Jurang digital jaringan komunikasi internet antara penduduk bandar
dan luar bandar semakin mengecil. Satu program oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM), Kampung Tanpa Wayar (KTW) merupakan satu usaha kerajaan
yang di banggakan. Bertepatan dengan janji 1 Malaysia, rakyat di dahulukan
pencapaian di utamakan memberi peluang kepada rakyat untuk merasai faedah
kemudahan Internet.
Kelebihan jaringan tanpa wayar memudahkan masyarakat bandar dan luar
bandar mengakses maklumat semasa tanpa had. Kemudahan ini di rasai hampir di
semua kampung dan felda yang berada di dalam zon pembangunan KTW yang di
laksanakan secara berperingkat. Program ini amat membantu masyarakat dan
pelajar untuk mengikuti perkembangan negara dari semasa ke semasa bertepatan
dengan istilah dunia tanpa sempadan.
Usaha merapatkan jurang digital ini merangkumi segala aspek ICT
iaitu kemudahan Komunikasi, Internet, maklumat, perisian dan perkakasan
multimedia. Jelasnya, bantuan rebet RM200 dan pemberian Notebook kepada pelajar
sekolah berasaskan Program Inisiatif Jalur Lebar Negara dan juga Pakej
komunikasi Belia yang berumur di antara 21 - 30 tahun memberi impak yang besar
kepada seluruh wargenagara.
Peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan satu langkah dan
penyelesaian paling tepat untuk terus memacu negara ke arah negara yang lebih
maju. Langkah ini merupakan permulaan yang akan membawa kepada penembusan
lonjakan jalur lebar pada masa akan datang seterusnya dapat merapatkan jurang
perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar. Pelan pembangunan kerajaan
ini secara tidak langsung membantu masyarakat celik teknologi bersesuaian
dengan wawasan 2020.
Malaysia sebagai negara dunia kedua perlu agresif di dalam
pembangunan ekonomi dan teknologi untuk terus bersaing menjadi negara yang
terbaik di rantau Asia mahupun di pentas dunia. Rangka pelan pembangunan yang
di corak kerajaan persekutuan merupakan rangka pelan berterusan yang
mendahulukan kepentingan rakyat. Pembangunan ini dapat dirasai oleh segenap
warganegara tanpa mengira agama dan bangsa.
KTW memberi peluang kepada masyarakat yang berpendapatan rendah
untuk menikmati kemudahan Internet dan juga dapat merapatkan jarak di antara
ibubapa dan pelajar yang menuntut di luar negara untuk berhubung secara percuma.
Tindakan tepat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini harus di puji
sebagai satu langkah bernas yang membawa
kepada kemakmuran dan kemajuan negara.
Ini adalah masanya untuk kita terus menyahut dan menjayakan program
pembangunan yang telah di selaraskan oleh kerajaan demi menjadikan malaysia
sebagai negara yang terus membangun. Sejajar dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat
di dahulukan Pencapaian di utamakan, kerajaan terus memacu negara ke arah
kejayaan.
No comments:
Post a Comment