selamat datang

kongsi kisah hati,,

Friday, 31 May 2013

Kerisi goreng berempah

Saya nak kongsikan resepi ikan kerisi goreng, ikan ni isinya terasa manis dan sedap jika di makan bersama nasi putih yang panas. ikan kerisi ini mempunyai tulang yang banyak, berhati hatilah semasa menikmatinya.


Resipi Kerisi Goreng Berempah ni Hakim salin daripada rumah. Terima kasih ibu , memang enak meratah ikan kerisi goreng berempah begini.

KERISI GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan :
4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan cili serbuk
garam secukup rasa
1 tangkai daun kari

Cara-cara : 
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment